MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM, 20 JULAI 2014

Sempena Ramadhan tahun ini,YAMIN telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim dari dua buah pusat anak anak Yatim sekitar Seremban . Jumlah kehadiran adalah seramai 42 orang.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah YAMIN Tn Hj Kamaruzzaman Hj.Kedah,diikuti dengan persembahan nasyid oleh pasukan dari pusat anak yatim .Selepas berbuka puasa semua jemputan solat magrib di surau yang berhampiran .Sebelum solat isyak tazkirah ringkas disampaikan oleh Tn. Hj. Idris Ismail. Semua anak Yatim juga diberikan duit raya. Majlis berakhir dengan jamuan moreh selepas solat teraweh.