LATAR BELAKANG

Yayasan Amal Ihsan ditubuhkkan pada 6 September 2010 sebagai sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.

Mendapat kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967: Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.7500 Tarikh Kuatkuasa: 15 Julai 2014, Ia adalah milik penuh Amal Ihsan Sdn Bhd (No. 868335-A) yang berlamat di PT 382, Jalan Kenanga 1, Taman Bukit Chedang, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus



Yayasan ini ditubuhkan atas tujuan untuk melahirkan generasi Islam yang berpelajaran dan cemerlang. Dengan menekankan aspek pelajaran, Yayasan bertujuan membantu golongan umat Islam yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan peluan pelajaran dengan menubuhkan pusat - pusat tahfiz dan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Di samping itu juga, Yayasan ini berperanan untuk memberi bantuan kemanusiaan sebagai kontrak sosial kepada mereka - mereka yang memerlukan bantuan seperti anak - anak yatim, mangsa bencana alam, fakir miskin dan lain - lain golongan yang memerlukan bantuan.

VISI

Melahirkan umat Islam yang berpelajaran dan cemerlang.


MISI

Menjadi sebuah pertubuhan yang tidak berteraskan keuntungan bagi memberi peluang pelajaran kepada umat Islam.


OBJEKTIF

1. Menubuhkan dan menjalankan sekolah Tahfiz

2. Memberikan biasiswa pelajaran di peringkat sekolah dan kolej.