DERMA SUMBANGAN YAMIN, 05 JULAI 2014

Mesyuarat YAMIN telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah amaun dan diberikan kepada keluarga yang memerlukan berupa barangan harian dan sedikit wang untuk perbelanjaan Hari Raya.

Keluarga yang memerlukan bantuan dikenalpasti dengan mendapatkan maklumat dari JKKK dan JKM Negeri Sembilan.

Sumbangan telah disampaikan kepada dua puluh buah keluarga miskin sekitar daerah Jelebu dan Seremban. Sumbangan tersebut juga dilakukan oleh semua Ahli Jawatankuasa YAMIN pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Semoga usaha ini akan mendapat barakah.